Aida Zain

Blog Orang Kelantan

Asalnya nak buat blog aidazain@blogspot.com, tapi blogger keluar tanda seru!!!! tak boleh. Mungkin dah ada yang guna nama tu. Tak pe la rela ku pujuk..... pujuk diri sendiri la dik noooon..

Dalam duk fikir-fikir apa nama yang boleh jadi seakan-akan Aida Zain.

TING!!!!   TING!!!! keluar idea melalui lampu ajaib.

hihi.. ada-ada je kan, aida teringat kata-kata suami yang selalu sebut nombor plat kereta yang comel-comel semasa pandu kereta pergi balik rumah mak mentua, nombor plat yang boleh dibuat huruf pada nombor 123. contohnya DAN14 (dania) kreatif sangat tuan kereta.

Dari sini la tercetus idea nama blog Aida Zain iaitu aida241n@blogspot.com (2=Z, 4=A dan 1=I) N tak tau nak letak nombor apa..huhu maka tercipta lah blog aida241n@blogspot.com. Jadi inilah makna disebalik nama blog Aida Zain dengan alamat blog; aida241n@blogspot.com

Comel tak? [mahu kata tak comel, belanja aida nasi lemak milo o satu] hihi

Ok itu je nak cerita. Lain kali aida story-story lagi

Ok tamat.

Love,
Aida Zain
Ini kisah encik hamdan (suami aida) yang tak sedar nombor telefon maxis sudah tamat tempoh sebab telefon OPPO rosak, terus tak peduli. Maklum la, guna nombor maxis lain yang Free Internet 10G edisi Kelantan la katakan, sedar-sedar nombor dah expired (bermuka huhuhu je la)

Dengan muka masam sambil belek-belek telefon sambil mengeluh cakap kat isteri "Sayangnya laa nombor maxis nie, mahal abe beli masa kijo dulu, tak ingat langsung nak buka tengok." si isteri (saya la tu) tengok je la, sambil pegang telefon dan google cara nak aktifkan nombor maxis yang expired.
Alhamdulillah, aida jumpa blog Azmir Shah yang cerita pengalaman beliau mengenai nombor maxis yang sudah expired. Mula-mula rasa boleh ke nak balik nombor nie? agak-agak mudah ke? Suamiku sudah stress! tapi bila aida tunjuk perkongsian blog Azmir Shah, suami mula rasa lega. Untung dapat isteri yang bijaksana sangat nie (angkat bakul sendiri) siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri, ya tak? haha..

Ok ok tak mau buang masa korang, aida kongsikan aje la pengalaman yang aida dan suami dapat masa proses nak aktifkan kembali nombor maxis expired tu. alhamdulillah. cukup mudah dan langkah-langkahnya seperti dibawah. 

Cara aktifkan nombor maxis expired ialah:
  1. Hubungi kidmat Ask Hotlink Facebook App. (Penting utk tahu nombor anda masih available atau tak)
  2. Pergi ke centre maxis yang terdekat. (staf maxis cuma minta nombor maxis expired dan kad pengenalan untuk membuat permohonan dalam sistem bagi aktifkan kembali nombor).
  3. Dalam masa terdekat off nombor expired tu, dalam masa 7 hari nombor diaktifkan kembali (selesai sudah, senyum lebar suamiku siap pergi buat mikro-simkad lagi semalam)

Pada 24hb September 2017, aida mesej ask hotlink untuk kepastian.



Pada 7hb Oktorber 2017, aida dah suami pergi centre maxis aeon mall kota bharu tingkat 2, untuk aktifkan balik nombor tu. Macam biasa staf maxis cakap kalau tak lepas permohonan tuan kena buat postpaid dalam beberapa bulan untuk dapatkan balik nombor. Tapi suamiku berkeras tak nak buat postpaid.

Pada 15hb Oktober 2017, suami ada TCA di Hospital Kota Bharu. Sambil-sambil tunggu nombor giliran suami cuba buka nombor maxis yang expired tu, rupa-rupanya dah boleh guna terus call aida. hihi. Suka bebenor la tu..hihi.. alhamdulillah dah selesai.. Lepas jumpa doktor terus suami ke centre maxis di jalan kebun sultan untuk buat mikro-simkad. sekejap je dah siap.

Itulah pengalaman suami dan aida dalam mengaktifkan kembali nombor maxis yang sudah tamat tempoh? expired. Semoga bermanfaat juga untuk korang guna pakai. hihi..

ok tamat.. (^_^)

Love,
Aida Zain